UNIT 3 : MIKROORGANISMA
  • Mikro - sangat halus atau seni dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
  • Organisma - hidupan atau benda hidup.
  • Mikroorganisma - hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
  • Ciri-ciri mikroorganisma : 
Peta Bulat : Ciri-ciri mikroorganisma


3.1 JENIS-JENIS MIKROORGANISMA
Peta Buih : Jenis-jenis Mikroorganisma


i. VIRUS

  • Mikroorganisma bersaiz paling kecil/seni.
  • Hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron.
  • Mampu menjangkiti bakteria, fungi, protozoa, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia.
  • Contoh-contoh virus :

ii. FUNGI

  • Mikroorganisma bersaiz paling besar.
  • Boleh didapati pada pokok, roti yang rosak dan sesetengah buah-buahan.
  • Tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali kulat.
  • Reporduksi melalui spora.
  • bergantung kepada organisma hidup atau mati sebagai sumber makanan.
  • Contoh-contoh fungi ialah kulat, mukor, yis dan pericilium.

iii. BAKTERIA

  • Boleh didapati di udara sekeliling kita, air, tanah, makanan dan badan organisma hidup atau mati.
  • Wujud dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna.
  • Contoh-contoh Bakteria :

iv. PROTOZOA

  • Bersaiz lebih besar daripada bakteria dan virus.
  • Boleh didapati pada habitat berair seperti kolam, tasik atau sungai.
  • Merupakan organisma aquatik.
  • Contoh-contoh Protozoa :

v. ALGA

  • Merupakan mikroorganisma yang mempunyai sifat tumbuhan iaitu membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.
  • Habitatnya adalah di dalam air atau tempat lembap.
  • Boleh wujud dalam bentuk unisel dan multisel.
  • Contoh-contoh alga :



3.2 MIKROORGANISMA MENJALANI PROSES HIDUP
  • Mikroorganisma ialah benda hidup.
  • Mikroorganisma menjalani proses hidup sama seperti benda hidup yang lain.
  • Mikroorganisma bernafas, bergerak dan bertumbuh.
Peta Bulat : Proses hidup mikroorganisma


i. MIKROORGANISMA BERNAFAS

  • Mikroorganisma bernafas untuk bertahan hidup.
  • Contoh : Yis adalah sejenis alga. Yis bernafas dalam proses pembuatan roti. Apabila yis bernafas, oksigen digunakan dan karbon dioksida dilepaskan. Karbon dioksida yang dilepas mengebabkan doh mengembang dan naik.
Peta Alir : Proses pembuatan roti


ii. MIKROORGANISMA BERGERAK

  • Mikroorganisma bergerak dengan caranya tersendiri.
  • Mikroorganisma menggunakan sifat-sifat tersendiri yang terdapat pada badan masing-masing untuk bergerak.
  • Pergerakkan mikroorganisma boleh diperhati di bawah mikroskop.
  • Contoh : Pergerakkan paramecium.

iii. MIKROORGANISMA BERTUMBUH

  • Mikroorganisma bertumbuh apabila keadaan persekitaran adalah sesuai.
  • Mikroorganisma memerlukan makananairsuhu yang sesuaiudara dan cahaya untuk bertumbuh.
  • Mikroorganisma tumbuh dengan lebih cepat dalam keadaan panas dan lembap.
  • Jika mikroorganisma tumbuh pada makanan, makanan itu akan rosak.
  • Contoh : Fungi tumbuh pada roti.

Fungi tumbuh pada roti


3.3 MIKROORGANISMA BERFAEDAH DAN MIKROORGANISMA BERBAHAYA
  • Terdapat mikroorganisma yang baik dan yang tidak baik.
  • Mikroorganisma baik memberi manfaat manakala yang tidak baik akan memudaratkan.

i. KESAN BURUK MIKROORGANISMA

  • Merosakkan gigi.
  • Menyebabkan keracunan makanan.
  • Merosakkan makanan.
  • Menyebabkan penyakit.

ii. KEGUNAAN MIKROORGANISMA

  • Pembuatan makanan.
  • Penghasilan vaksin dan antibiotik.p/s : vaksin ada banyak jenis. Vaksin dalam contoh di atas hanyalah salah satu daripadanya.

  • Penguraian bahan organik (untuk menghasilkan baja dan merawat sisa kumbahan).

3.3 HIDUP SIHAT BERDASARKAN PENGETAHUAN TENTANG MIKROORGANISMA

i. LANGKAH-LANGKAH DAN AMALAN HARIAN MENCEGAH PENYAKIT BERJANGKIT

  • Tangan banyak mikroorganisma. Sentiasa cuci tangan mengikut langkah yang betul.
  • Jangan berkongsi peralatan peribadi dengan orang lain. Contoh : berus gigi, sikat dan pengetip kuku.
  • Kuarantin pesakit yang menghidap penyakit berjangkit. Ini supaya penyakit itu tidak merebak. Contoh : chiken pox, batuk.
  • Penyediaan makanan yang bersih. Makanan cuci sebelum makan. Elakkan makan makanan yang mentah. Pinggan mangkuk yang digunakan untuk menghidang juga perlu bersih. Jangan biar makanan terdedah supaya tidak disentuh lalat. Lalat sangat kotor.
  • Sebaiknya masak air sebelum minum. Jangan minum air mentah suka hati. Jangan ikut cerita dalam tv. Hanya air yang sudah disahkan boleh terus minum saja boleh minum terus. Contoh : air mesin RO, air mineral dalam botol

    Comments

    1. this is so helpful. Thanks!

      ReplyDelete
    2. Terima kasih. Nota ini banyak membantu.

      ReplyDelete
    3. Terima kasih nota ini tolong saya faham ❤️❤️

      ReplyDelete
    4. Shamsi (SK Sungai haji Dorani)April 17, 2024 at 7:04 PM

      Menarik. Saya suka gaya persembahan ilmu sains begini.

      ReplyDelete

    Post a Comment