UNIT 4 : INTERAKSI ANTARA HIDUPAN
  • Interaksi - perhubungan aktif antara satu sama lain.
  • Interaksi boleh berlaku dalam bentuk kerjasama atau persaingan. 
  • Kerjasama - interaksi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
  • Persaingan - satu bentuk interaksi yang berlaku apabila hidupan  berebut sesama mereka untuk mendapatkan sumber yang terhad.
  • Di bawah unit ini, interaksi antara hidupan akan menyentuh perhubungan aktif yang wujud antara haiwan dan antara tumbuh-tumbuhan.
4.1 INTERAKSI ANTARA HAIWAN
  • Interaksi antara haiwan merujuk kepada perhubungan aktif yang berlaku antara haiwan intraspesies dan interspesies untuk memperoleh keperluan asas.
  • Intraspesies - spesies yang sama.
  • Interspesies - spesies yang berlainan.


i. CARA HIDUP

a. Berkumpulan
  • Hidup beramai-ramai.
  • Kelebihan :
    - bekerjasama membuat tempat tinggal.
    - bekerjasama mencari makanan.
    - menjaga keselamatan satu sama lain.
    - dapat mengawal dan menjaga kawasan.
  • Kelemahan :
    - mudah dijangkiti wabak penyakit.
    -
    persaingan kerap berlaku untuk mendapatkan makanan dan pasangan.
    - ahli yang lemah dalam kumpulan akan mengalami kesukaran kerana perlu bersaing.
b. Bersedirian
  • Hidup seorang diri.
  • Kelebihan :
    - mengatasi masalah bekalan sumber makanan terhad.
    - mengelak masalah bersaing untuk makanan keperluan asas.
  • Kelemahan :
    - terdedah kepada ancaman kepupusan.
    - sukar mencari pasangan.
    - sukar untuk mempertahankan diri daripada ancaman musuh.



ii. FAKTOR PERSAINGAN

a. Haiwan Intraspesies
  • Air
  • Makanan
  • Tempat tinggal / Kawasan
  • Pasangan
b. Haiwan Interspesies
  • Air
  • Makanan
  • Tempat tinggal / Kawasan


iii. SIMBIOSIS ANTARA HAIWAN
  • Simbiosis - Hubungan antara dua atau lebih haiwan yang saling hidup bersama.
  • Simbiosis terbahagi kepada tiga - mutualisme, komensalisme dan parasitisme.
    a. Mutualisme
    • Kedua-dua pihak mendapat manfaat bersama.
    b. Komensalisme
    • Satu pihak mendapat manfaat manakala satu pihak lagi tidak terjejas.
    c. Parasitisme
    • Satu pihak mendapat manfaat manakala satu pihak lagi terjejas.


    4.2 INTERAKSI ANTARA TUMBUH-TUMBUHAN
    • Interaksi antara tumbuh-tumbuhan merujuk kepada perhubungan aktif yang berlaku antara tumbuh-tumbuhan intraspesies dan interspesies untuk memperoleh keperluan asas.
    • Intraspesies - spesies yang sama. 
    • Interspesies - spesies yang berlainan.

    i. FAKTOR PERSAINGAN

    a. Air 
    b. Nutrien
    c. Cahaya matahari
    d. Ruang


    ii. SIMBIOSIS ANTARA HAIWAN

    b. Komensalisme
    • Satu pihak mendapat manfaat manakala satu pihak lagi tidak terjejas.
    • Melibatkan tumbuhan epifit.
    • Epifit - tumbuhan yang menumpang pada tumbuhan lain untuk mendapatkan keperluan asas. Epifit tidak menjejaskan tumbuh-tumbuhan yang ditumpangnya.
    c. Parasitisme
    • Satu pihak mendapat manfaat manakala satu pihak lagi terjejas.
    • Melibatkan tumbuhan saprofit.
    • Saprofit - tumbuhan yang mendapatkan nutrient daripada tumbuhan lain misalnya daripada tumbuhan yang telah mati.

    Comments